Selasa, 29 Mac 2011

Aura


APAKAH AURA
Aura Manusia adalah medan tenaga dan pantulan tenaga hayat dalam badan. Tenaga ini membentuk diri kita, siapa diri kita dan di sebalik aura itu akan menjadi lebih baik atau teruk oleh pesekitaran dan cara hidup. Aura juga membalikkan kesan bergantung kepada kesihatan, aktiviti mental, dan keadaan emosi. Aura juga boleh menunjukkan atau mengesan penyakit, selalunya dari simptom-simptom penyakit menunjukkan kesan.
Berdekatan kepada kulit adalah aura etherik. Aura itu berwarna pucat dan berjalur sempit mengelilingi luar badan dan selalunya tidak lebih dari setengah inci lebarnya. Ia lebih menyerupai asap berwarna keruh memanjat di sekeliling badan kita. Manusia dapat berjalan, berbicara, jantung berdenyut serta berbagai aktiviti hidup di dalam tubuh merupakan peristiwa yang erat hubungannya dengan masalah aura gelombang elektrik medan magnet, khususnya saraf dan otot menjalankan fungsinya selalu berkaitan dengan aura gelombang elektrik medan magnet. Dengan demikian sebenarnya manusia merupakan satu sistem bio elektrik atau pusat tenaga elektrik yang amat menarik untuk diamati.