PENGOSONGAN FIKIRAN


Pengosongan fikiran ini dilakukan pada bahagian di mana membuang segala fikiran / persoalan ataupun masalah di mana banyak di pengaruhi oleh masalah hidup sehari-hari. Dari hal yang paling remeh sampai yang paling berat. Semuanya melekat dalam ruang kesan dan dalam hati dan sering di landa gelombang, kesan masih bergerak otomatis tanpa di sedari. Untuk memusnahkan segala masalah maka di dalam bahagian pengosongan ini merupakan waktu khusus untuk menenangkannya menekan gejolak daripada kesan fikiran sampai lemah dan tidak berdaya lagi untuk di bangkitkan dan mengadakan kegiatan yang kebanyakan tidak menentu. Sebelum fikiran ini menjadi tenang, tetapi  hal yang teramat penting menentukan sangat vital ialah ketenteraman hati. Sebab perasaan yang tenang merupakan dasar supaya mencapai pengosongan fikiran. Seperti yang kita tahu  bahawa  fikiran bekerjasama dengan perasaan, sehingga di dalam perasaan manusia tidak jarang menyimpan perasaan kekecewaan, kesusahan, kecemasan dan lain sebagainya yang sudah jelas merbahaya daripada  fikiran yang mengelamun.

Untuk mengosongkan fikiran banyak cara di buat orang. Mereka membuat fikiran penyatuan kepada satu pedoman yang dipegangnya terus menerus. kemudian pengkhususan itu akhirnya dibuang sama sekali hampir seperti latihan konsentrasi. misalnya memerhati kan nafas naik turun dengan pelan dan halus. Lama kelamaan akan mencapai  ketenangan pengosongan fikiran:
Mala pengosongan fikiran boleh di lakukan duduk dengan memejamkan mata adalah lebih baik supaya tidak terganggu dengan banyak pemandangan  yang masih tertangkap oleh mata, memejamkan mata adalah lebih tenteram. Duduklah dengan sentosa dan dengan tenteram. Kesentosaan perlu kerana lebih banyak  mengundang perasaan menjadi senang. Dalam menghadirkan  perasaan harus di timbulkan dengan ketenangan  tanpa di undang akan datang sendiri.

Dengan memejamkan kedua mata, kunikmati dengup jantung berpacu dalam lautan zikrullah
Bermain dalam fikiran, cahaya hadir dalam pejam, tanpa beban....

Ku nikmati udara lembut mengalir melalui hidung ini
Cahaya semangkin terang dalam kegelapan ini, bukan hampa...
Hanya ruang seluas samudera tak berbatas
Menarik bibir ku untuk tersenyum di dalam ruang kosong.

Sejak ku rebah kan tubuh ini menikmati keindahan
Berjalan mengharungi dunia fikiran ku, terpanah jiwaku berlari
Hilang lah sudah segala himpitan dalam pejaman mata
Melepaskan jiwa ini menikmati alamnya.

Indah sekali dunia jiwa gelombang keindahan, berputar membawa setiap fikiran
menderu dalam kehangatan dalam tarian jiwa.

Aku tahu........ Duduk menikmati pejaman mata dalam
Melepasi segala beban masalah.
Lepas menari... berputar... dan bernyanyi.
Melayang jauh.... jauh semangkin jauh...... indah.... semangkin indah.

Kini pelahan ku buka pejaman mata
Masih ku nikmati indahnya tarian jiwa
Hanya senyuman hati mengalir dalam darah
Tak ada lagi memejam mata
Jiwa masih menikmati nikmat ruang luas samudara...........